Carian
August 15, 2022

Wanita KEADILAN Selesai Jelajah Konsultasi 12 Negeri

Ketua Wanita Keadilan Pusat, YB Senator Puan Fadhlina Dato' Sidek telah menyelesaikan jelajah konsultasi proses pelantikan Ketua Wanita Negeri bagi penggal 2022-2025 di 12 Negeri di seluruh Malaysia, iaitu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, manakala konsultasi untuk 2 negeri berbaki iaitu Negeri Sabah dan Sarawak akan diselesaikan dalam bulan ini.

Di dalam pertemuan Ketua Wanita Keadilan Pusat bersama Ketua-Ketua Wanita Cabang di setiap negeri ini, YB Senator Puan Fadhlina, antaranya, menyentuh berkenaan isu RUU Anti Lompat Parti, RUU Had Umur Perkahwinan Perempuan Kepada 18 tahun serta RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Taklimat Struktur Jentera Pilihanraya Wanita Cabang turut dilakukan oleh Timbalan Ketua Wanita Pusat merangkap Pengarah Pilihanraya Wanita Pusat, YB Puan Juwairiya Zulkifli di setiap negeri. Barisan pimpinan atasan Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang turun padang bersama Ketua Wanita Pusat dalam sesi konsultasi ini, turut melakukan perbincangan intensif secara dua hala perihal siapsiaga Wanita dalam menghadapi Pilihanraya. Wanita Keadilan kini telah bersedia untuk bertempur dalam menghadapi Pilihanraya yang dijangka tiba pada bila-bila masa.

Hjh Suzana Shaharudin
Ketua Penerangan Wanita Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up