Carian
June 16, 2021

20 Jun Kongres Nasional Tahunan KEADILAN Secara Maya

1. KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang ditangguh sebelum ini pada tarikh baharu 20 Jun 2021, dari 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

2. Pelaksanaan Kongres ini adalah secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.

3. KEADILAN mengambil keputusan ini selepas merujuk kenyataan media Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 Jun 2021 bertajuk PELAKSANAAN MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN BERDAFTAR DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

4. Dalam surat dari JPPM kepada KEADILAN pada 21 Mei 2021, KEADILAN diberi masa sehingga 30 Jun 2021 untuk melaksanakan Kongres KEADILAN.

5. Selain perwakilan yang menyertai Kongres KEADILAN menerusi Zoom, parti juga ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook parti. Kongres KEADILAN akan fokus tentang isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi di negara kita.

#KongresKEADILAN

NIK NAZMI NIK AHMAD
Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres
Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up