Pakatan Harapan: KPM Harus Fahami Masalah Pengusaha Kantin

Pakatan Harapan: KPM Harus Fahami Masalah Pengusaha Kantin

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mengambil maklum keluhan pengusaha kantin terkait kerumitan yang mereka hadapi daripada aspek SOP, kenaikan harga bahan mentah dan juga penetapan harga pembekalan RMT yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat rendah.

Ke semua isu yang berbangkit ini telah menatijahkan kerugian besar bagi pengusaha kantin sejak pembukaan sekolah pasca pandemik.

Jawatankuasa ini berpandangan bahawa tindakan yang tuntas oleh pihak KPM perlu diambil segera bagi memastikan nasib Pengusaha kantin terus terbela dan mampu meneruskan kelangsungan mereka dalam industri ini.

Meskipun KPM telah mengeluarkan arahan penangguhan kutipan sewaan kantin di sekolah-sekolah bawah KPM melalui surat edaran terkini bertarikh 5 Januari 2022, namun ia adalah sebahagian kecil usaha meringankan beban pengusaha kantin, sedangkan ada banyak usaha yang perlu KPM laksanakan bagi menjamin kebajikan pengusaha kantin.

Jawatankuasa ini menggesa supaya KPM:
·Pemberian Geran Khas kepada pengusaha kantin sekolah dan bantuan khusus pekerja kantin di seluruh negara.
·Kadar bayaran Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM4.
·Program Sarapan Pagi Percuma dilaksanakan dengan penerima RMT perlu diperluaskan dengan bukan hanya terhad kepada pelajar B40 sahaja, tetap juga kepada pelajar M40 yang memerlukan.

·Pihak KPM segera melakukan sesi libat urus dan berbincang dengan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah dan mendengar tuntutan mereka demi mendapatkan penyelesaian yang tuntas.

“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *