Pakatan Harapan Meneliti Permohonan MUDA Dan PSM

Pakatan Harapan Meneliti Permohonan MUDA Dan PSM

Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat hari ini telah meneliti dan membincangkan permohonan keanggotaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta hasrat Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan secara rasmi.

Hasrat MUDA dan PSM ini bererti parti-parti yang bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan Pakatan Harapan dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. Pada masa yang sama, pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan dapat dielakkan.

Oleh itu, Majlis Presiden hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan pihak MUDA dan PSM. Jawatankuasa ini dianggotai oleh seorang wakil dari setiap parti komponen Pakatan Harapan, iaitu:

1. YB Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN)
2. YB Steven Sim Chee Keong (DAP)
3. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
4. YB Datuk Ewon Benedick (UPKO)

Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *