Tambah Peruntukan Untuk Sistem Kesihatan Awam Yang Lebih Mantap

Tambah Peruntukan Untuk Sistem Kesihatan Awam Yang Lebih Mantap

 

Tambah Peruntukan Untuk Sistem Kesihatan Awam Yang Lebih Mantap

 

Wabak pandemik COVID-19 telah memberi dampak yang amat besar kepada keadaan kesihatan dan sosioekonomi kita dengan menimbulkan pelbagai kebimbangan dan ketidaktentuan. Sementara dunia sedang mempersiap untuk gangguan teknologi digital, kita dikejutkan pula dengan pengacau dalam bentuk virus SARS-CoV-2 yang kini terus meledak.

 

Bagi mendukung hujah di atas, adaAda beberapa fakta keras yang kita harus terima dalam merencana respon atau tindakbalas:

 

Wabak ini belum nampak akan tamat dalam masa terdekat. Kes-kes sporadik akan terus mengampuh dengan kemungkinan virus itu akan meledak dalam bentuk endemik.

Respon terkait kesihatan awam mesti mantap, dan ini adalah kunci kepada pemulihan ekonomi yang kukuh. Dan kKeduanya tidak boleh diasingkan.berdiri sendiri.

 

Virus SARS-CoV-2 sangat mudah untuk merebak, terutamanya dalam kawasan yang tertutup di mana terdapat kontak fizikal yang rapat. Tidak ada penawar untuknya. Meski terdapat beberapa jenis vaksin yang kini masih di peringkat kajian dan pembangunan, namun keberkesanannya tidak dapat dipastikan dalam waktu terdekat.

 

Langkah-langkah kesihatan awam terbukti berkesan dalam ‘meratakan lengkung’, dan ia termasuk langkah-langkah seperti pengasingan dan kuarantin, pembatasan fizikal, penggunaan pelitup muka, dan juga dengan meningkatkan tahap kebersihan diri dan alam sekitar.

 

Sementara kakitangan-kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mempamerkan aksi yang cemerlang di bawah Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengemudi negara tatkala wabak, kamiita yakin lebih banyak lagi yang mampu dibuat dengan campurtangan dan dukungan politik dan kerajaan.

 

Peruntukan untuk kesihatan awam dan juga pegawai-pegawai yang relevan wajar ditambah dan ditingkatkan dalam usaha dan upaya kita memerangi kemelut yang mungkin berpanjangan. Peruntukan terkini untuk kesihatan awam seperti yang disebut dalam Belanjawan 2020 adalah sebanyak RM 5.66 bilion dari peruntukan total operasi KKM iaitu sebanyak RM 27.9 bilion. Untuk sumber manusia pula, sebanyak 78,266 orang staf diperuntukkan untuk kesihatan awam dari jumlah keseluruhan 267,578 staf KKM. Kitaami menggesa agar peningkatan sebanyak 20% kepada kedua-dua kos operasi dan juga jumlah staf untuk kesihatan awam untuk tempoh dua tahun mendatang.

 

Ikhtiar kita dalam memperkukuh tahap kesihatan awam akan membolehkan kita untuk menghindarkan negara dan rakyat dari wabak-wabak, juga sebagai langkah awal bilamana kes-kes dikesan. Meski terdapat peningkatan dalam penggunaan jalan teknologi digital dalam mengesan, kita juga harus sedar bahawa pendekatan ini jauh terkebelakang ketimbang pasukan yang diperuntukkan untuk pengesanan kontak di mana mereka mampu untuk memberi nasihat kepada masyarakat secara umum dan juga pada perusahaan dan perniagaan.

Kitaami juga percaya bahawa pendekatan dalam menguji mesti dijalankan. Buat masa Ssekarang, ini kkita mempunyai keupayaan tambahan dalam menguji. KKM harus memanfaatkannya untuk ujian sentinel, menargetkan terutamanya kelompok masyarakat yang berisiko tinggi terdedah kepada penyakit ini seperti di pusat-pusat penjagaan warga emas, penjara dan industri kolar biru.

 

COVID-19 bukan satu-satunya penyakit berjangkit yang sedang merundung negara. Penyakit seperti Tuberculosis atau TB menjangkiti lebih 20,000 warga setiap tahun, dan demam denggi terus terusan menjadi masalah dengan menjangkiti lebih 130,000 warga pada tahun 2019. Virus-virus yang mengesankan paru-paru juga berkemungkinan akan menjadi ancaman di masa hadapan.

 

Melampaui penyakit berjangkit, Malaysia mempunyai tahap penyakit tidak berjangkit yang tidak sedikittinggi. Kira-kira 8.1% dari warga dewasa (1.7 juta) mempunyai ketiga-tiga risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan kolestrol yang tinggi. Dapatan dari National Health and Morbidity Survey 2019 juga mendedahkan bahawa terdapat lebih separuh orang dewasa menghidap penyakit obesiti abdominal, dengan satu per lima kanak-kanak yang mengalami pembesaran yang terganggu. pada kadar ________. Ini menunjukkan wujudnya epidemik nutrisi yang mesti didepani dengan kadar segera.

 

Ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus merencana strategi atau jalan keluar dari wabak COVID-19, akan terdapat percubaan untuk mengurangkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 dan juga RMK-12 yang tertunda. Kami menggesa kerajaan agar dana yang diperuntukkan dalam mengukuhkan tahap kesihatan awam dilihat sebagai pelaburan, dan bukan semata-mata kos. Kami berpendapat hanya dengan meningkatkan tahap pelindungan dan kesihatan kepada rakyat, kita akan mampu menangani cabaran dan tantangan kesihatan dan ekonomi yang sedang mengesankan negara.

 

 

Dr Lee Boon Chye

Ahli Parlimen Gopeng

Jurucakap Kesihatan KEADILAN

 

Anwar Ibrahim

Ahli Parlimen Port Dickson

Presiden KEADILAN

Ketua Pembangkang

 


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *