Carian
February 21, 2022

Johor di Bawah PH Merekodkan Jumlah Pelaburan Tertinggi

1. Baru-baru ini ada ditular bahawa jumlah pelaburan Johor menjunam pada tahun 2018. Saya ingin membalas kepada kenyataan ini.

2. Pertama, dibawah kerajaan Pakatan Harapan, Johor pada tahun 2018 telah berjaya merekodkan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia iaitu RM30.5 billion. Jauh di hadapan negeri-negeri lain di Malaysia.

3. Kedua, perbandingan yang ditular adalah pelaburan sektor pembuatan dimana selepas 2018 kebanyakan pelaburan Gas dan Minyak di Pengerang telah berkurangan dan kebetulan kerajaan PH Johor telah mula diversifikasikan haluan pelaburan yang lebih bertumpu kepada sektor perkhidmatan yang lebih lumayan dan sustainable.

4. Justeru, apa yang tidak ditularkan adalah pada tahun 2019, berdasarkan kepada angka rasmi MIDA, jumlah pelaburan di Johor termasuk sektor perkhidmatan adalah RM24.4 billion. Maka bagi tahun 2018-2019 jumlah pelaburan yang diterima oleh Johor adalah RM55 billion berbanding dengan negeri lain seperti Pulau Pinang RM39.4 billion, Kuala Lumpur RM21.8 billon dan Selangor RM66.8 billion.

5. Sebagai Exco yang bertanggungjawap pada zaman kerajaan Johor PH saya ingin menegaskan bahawa walaupun Johor menghadapi pelbagai cabaran untuk menarik pelaburan bukan sahaja dari luar negara tetapi bersaing dengan negeri-negeri lain pada masa keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kami sentiasa menjalankan tugas dengan niat terbaik demi Johor dan kebajikan rakyat Johor dimana garis ukur kejayaan kerajaan tidak boleh bergantung sekadar kepada jumlah pelaburan tetapi sejauh mana manfaat pelaburan ini sampai ke tangan rakyat Johor.

6. Kerajaan PH Johor telah memperkenalkan pelbagai insentif peduli rakyat seperti Air Percuma 10 meter padu kepada golongan B40 dan Kad Sihat Johor. Kesemua ini tidak mungkin ada terjadi sekiranya bukan kerana kerajaan PH Johor telah berjaya mengurus tadbir kewangan kerajaan dengan baik dan cekap.

Jimmy Puah Wee Tse
Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor

Related Posts
crossmenuchevron-up