Carian
April 27, 2021

PN Harus Memberi Butiran Kegunaan RM5 Billion

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan hari ini yang menyatakan kerajaan akan menggunakan RM5 billion daripada dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membiayai program vaksinasi Covid-19.

Ini berjumlah 25.6 % dari dana KWAN yang berjumlah RM19.5 billoon setakat 31/12/2020.

Walaupun saya sokong program vaksinasi Covid-19, tetapi saya juga harap kerajaan boleh memberi butir-butiran yang lebih jelas ataupun ‘breakdown’ kegunaan teliti RM5 billion ini kerana RM5 billion ini bukan satu angka yang kecil dan merupakan wang amanah yang dipegang oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia. Justeru kami berhak tuntut ketelusan pengunaan wang tersebut.
Dalam keadaan dimana Parlimen tidak dapat bersidang, Ahli-Ahli Parlimen kita tiada platform yang rasmi untuk mendapat jawapan dan akauntabiliti daripada kerajaan.

Cara yang terbaik adalah kerajaan segera membenarkan Parlimen bersidang semula. Tanpa satu sistem check & balance yang sempurna, saya khuatir khazanah negera kepunyaan rakyat akan terancam.

Jimmy Puah Wee Tse
Timbalan Pengerusi PKR Johor
26/04/2021

Related Posts
crossmenuchevron-up