Carian
October 26, 2021

Steven Choong Tak Layak Ulas Isu Lompat Parti

1.Semalam saya mendengar wakil rakyat Tebrau YB Steven Choong di dalam parlimen menyelar tindakan 4 bekas ADUN, Idris Haron, Nor Azman Hassan, Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee sebagai pentingkan diri sehingga menyebabkan pilihanraya negeri Melaka terpaksa diadakan.

2.Saya tak pasti sama ada YB Steven Choong dalam keadaan sedar atau tidak bahawa beliau sendiri telah terlebih dahulu menjadi pemimpin politik yang pentingkan diri apabila keluar Keadilan dan meyokong Mahiaddin Yassin pada Februari lalu.

3.Kononnya keluar Keadilan menyokong Mahiaddin Yassin akan diberi jawatan tertentu untuk menjadi jambatan atau pemudahcara antara kerajaan dan perusahaan kecil-sederhana serta membantu menyelesaikan masalah rakyat Tebrau. Tapi sayang, sehingga hari ini ‘habuk pun tiada’.

4.Justeru, saya simpulkan pemimpin yang cakap kosong dan hipokrit begini sama sekali tidak layak mengulas isu berkaitan lompat parti-khianat mandat rakyat kerana semua ciri buruk ini ada dalam dirinya sendiri. Nasihat saya, sentiasalah cermin diri sendiri dan bermuhasabah.

5.Suka juga saya ingatkan YB Steven Choong, tanpa beliau Keadilan di Johor khususnya Cabang Tebrau kekal utuh dan tidak henti terus beri komitmen berkhidmat kepada rakyat supaya kepercayaan rakyat yang dikhianati YB Steven Choong akan kembali kepada kita pada pilihanraya umum-15.

Sekian.
YB JIMMY PUAH WEE TSE
Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor,
Ahli Dewan Negeri Bukit Batu

Related Posts
crossmenuchevron-up