Carian
May 25, 2021

Hala Tuju Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan

Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (PH) telah mengadakan mesyuarat pertama hari ini secara atas talian. Sukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa bersetuju melantikYB Mohamed Sabu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan PH dalam mesyuaratbersama Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani) dan Senator Liew Chin Tong.

Ahli jawatankuasa lain yang dilantik ialah Senator YB Senator Yusmadi Yusoff (peguam), YB Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang), Tuan Syahrezan Johan (Setiausaha PolitikLim Kit Siang dan peguam), Puan Sangeet Kaur Deo (peguam), YB Faiz Fadzil (Adun Permatang Pasir), Puan Norhayati Bidin (Timbalan Setiausaha Agung Amanah), Datuk Azis Jamman (mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri), dan Datuk Wira Haji Marzuki Yahya(mantan Timbalan Menteri Luar Negara).

Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan bersetuju atas tiga halatuju utama:

1) Memantau penyelarasan agenda bersama antara Kementerian Pertahanan,Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negara, dan agensi berkaitan bagi memperkukuh komunikasi serta menangani cabaran-cabaran keselamatan / pertahanan negara secara konsisten dan holistik.

2) Membawa naratif baru kepada sektor keselamatan yang bukan sahaja merangkumi konsep keselamatan secara konvensional, tetapi menekankan keselamatan sosial dan manusia.

3) Pendekatan baru keselamatan (new security mindset) yang menjunjung prinsip tadbir urus dan tatakelola yang baik, demokrasi dan objektif pemulihan di dalam proses
merangka dasar dan mengendalikan institusi keselamatan, yakni “a kinder state”.

Jawatankuasa Keselamatan PH mendesak kerajaan Malaysia komited dalam isu Palestin dan mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kemanusian ke Palestin dengan kadar
segera.

Jawatankuasa Keselamatan PH memandang serius kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador mengenai dakwaan terdapat campur tangan politik dalam urusan
pelantikan pegawai polis. Pihak kerajaan perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan Bebas untuk menyiasat isu ini dan laporan tersebut perlu dibentangkan di parlimen.

Kerajaan juga perlu mengambil langkah proaktif dengan melantik Pegerusi Suruhanjaya Pelantikan Polis DiRaja Malaysia dalam kalangan profesional dan bebas seperti hakim dan bekas hakim bagi menjaga integriti serta maruah pasukan polis.

YB MOHAMAD BIN SABU (AMANAH)

YB DATO JOHARI ABDUL (KEADILAN)

YB SENATOR LIEW CHIN TONG (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up