Carian
July 28, 2022

ADAKAH LEBIH 680 TAHUN DIPERLUKAN UNTUK MELULUSKAN KEWARGANEGARAAN KANAK-KANAK?

1. Saya ingin merujuk kepada jawapan Menteri Dalam Negeri (KDN) dalam menjawab soalan lisan secara bertuis berkenaan bilangan permohonan kewarganegaraan yang diterima, diluluskan dan ditolak melalui Perkara 15(2) dalam tempoh 5 tahun yang lalu .

2. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 3407 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang diterima dari tahun 2018 hingga Jun 2022. Sebanyak 19 permohonan telah diluluskan manakala 7 lagi telah ditolak. Dengan kadar hanya sekitar 0.6% ini bermakna Kementerian ini memerlukan 681 tahun meluluskan keseluruhan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di Malaysia.

3. Ini adalah suatu yang sangat mengejutkan dan sangat mengaibkan buat kanak-kanak dan dan para ibu di Malaysia kerana telah meletakkan mereka dalam situasi yang tidak menentu dalam impak kehidupan.

4. Saya pohon agar Kementerian tampil untuk memberikan penjelasan akan Prosidur Operasi Standard (SOP) sebenar dan punca kelewatan proses kelulusan permohonan kewarganegaraan ini. Kementerian mesti mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan hak kanak-kanak dilindungi, dijaga dan menjamin kesaksamaan undang-undang dan pentadbiran tanpa diskriminasi.

5. Saya juga merayu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar usaha melakukan pindaan terhadap Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, berhubung Perkara 14 perlu dilakukan agar hak kerakyatan bagi anak wanita atau lelaki warganegara Malaysia adalah saksama selari dengan prinsip kesaksamaan gender dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan

Nor Azrina Surip @ Nurin Aina
Ahli Parlimen Merbok

Related Posts
crossmenuchevron-up