Carian
July 13, 2023

Cari penyelesaian Untuk Pesawah; Bukan Cari Salah, Cari Gaduh dan Raih Perhatian

Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing menasihatkan Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi supaya hentikan usaha cari salah orang lain dan menumpukan soal penyelesaian bagi membantu pesawah padi di Negeri Kedah.

Senario pengeluaran hasil padi di Kedah kini amat membimbangkan rakyat Malaysia memandangkan keluasan kawasan sawah dan hasil purata pengeluaran padi semakin merosot akibat kawasan sawah diubah syarat kepada perumahan dan pembangunan domestik sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Menurut Kar Hing, Negeri Kedah memilik keluasan bertanam padi yang tertinggi di seluruh negara; namun hasil purata pengeluaran pengeluran padi di Kedah adalah jauh berbeza jika berbanding dengan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan negeri-negeri lain, iaitu masih di bawah 5 tan metrik sehektar.

'Pulau Pinang telah merekodkan hasil purata pengeluaran padi tertinggi sehingga mencecah 5.6 metrik tan, manakala kawasan tanaman padi di Selangor seperti Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam juga antaranya kawasan yang berhasil tinggi dalam negara, meskipun kawasan tanaman padi di kedua-dua negeri itu bersaiz kecil.'

Kar Hing berkata, kejayaan Pulau Pinang dan Selangor dalam bab ini jelas menunjukkan bahawa peranan kerajaan negeri memainkan peranan penting kerana pembangunan industri padi memerlukan usaha sama bersepadu antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.'

'Tetapi apakah usaha-usaha Datuk Seri Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah dan Kerajaan Perikatan Nasional dalam tempoh 4-5 tahun yang lalu?"

Menurut Kar Hing, sekiranya negara kita ingin mencapai tahap sara diri bagi beras tanpa bergantung kepada import beras, pesawah perlu mengeluarkan hasil sebanyak 6 tan sehektar.

'Banyak faktor perlu diambil kira termasuk akses sumber air dan sistem saliran, teknologi pertanian, tahap pengetahuan pesawah, krisis penyusutan kawasan sawah padi dan tanah sawah terbiar perlu diambil kira dan diselesaikan demi mempertingkatkan pengeluaran sumber makanan ruji dalam negara.'

'Peranan Kerajaan Kedah adalah untuk duduk bersama bagi membincangkan bagaimana negara kita dapat mengeluarkan padi sebanyak 5 kali dalam masa 2 tahun, jalan penyelesaian untuk pengurusan bencana akibat fenomena El Nino, pengurusan perosak dan pengurusan penyatuan tanah atau ketatkan syarat tukar kegunaan tanah. '

'Namun agenda untuk membangunkan sektor padi di Kedah akan menjadi sukar jika perbuatan Mantan Menteri Besar yang asyik mencari gaduh, menuding jari dan meraihkan sokongan murahan itu bakal diteruskan.'

Kar Hing juga menegaskan bahawa lanskap politik di negara kita wajib kembali kepada perbincangan atas polisi, dasar dan kecekapan pentadbiran bagi menyelesaikan masalah harian rakyat.

'Harus diingati bahawa pelbagai masalah masih membelenggu rakyat Kedah termasuk kadar kemiskinan dan bekalan air bersih. Jangan Menteri Besar hanya menjuarai projek Kedah Aerotropolis dan KXP tetapi melupa masalah harian pesawah dan penduduk miskin dan luar bandar negeri Kedah.'

Related Posts
crossmenuchevron-up