Carian
August 12, 2021

Hentikan Politik Kotor Dan Terhina

Saya mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah pihak cuba menyebarkan berita palsu mengenai saya, dalam bentuk 'artikel' yang didakwa disiarkan di laman web Agenda Daily. Hasil semakan fakta menunjukkan bahawa tidak wujud artikel seperti itu dalam Agenda Daily.

Saya menolak semua ini dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan politik kotor seperti ini.

Ingin saya nyatakan bahawa saya tetap bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Saya berpegang tetap kepada komitmen dalam perjuangan ini, begitu juga rakanrakan saya YB Sivarasa Rasiah dan YB Tony Pua.

Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, fokus utama saya adalah tanggungjawab kepada kesejahteraan dan kebajikan pengundi saya. Ratusan orang mati akibat COVID-19 setiap hari, namun masih ada pihak yang menangguk di air yang keruh, mewujudkan suasana politik yang kotor dan terhina untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakpercayaan.

Jangan membuat tuduhan tidak berasas! Walau berapa banyak berita palsu yang dihasilkan oleh cybertrooper sebegini, saya akan berdiri teguh bersama Pakatan Harapan untuk memastikan kebajikan dan kesihatan jutaan rakyat Malaysia terjaga dan tidak dikompromi oleh kerajaan PN-BN yang gagal dan tidak kompeten.

Maria Chin Abdullah
Ahli Parlimen Petaling Jaya

Related Posts
crossmenuchevron-up