Carian
May 25, 2021

Insiden Kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT)

1. Insiden kemalangan yang melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi amat mengejutkan dan serius.

2. Saya ingin menyampaikan salam takziah kepada mangsa kemalangan dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan. Sekalung terima kasih juga kepada petugas keselamatan dan kecemasan yang terlibat.

3. Dalam hal ini, penekanan wajar diberikan kepada pemeriksaan aspek-aspek yang mengakibatkan kemalangan secara terperinci. Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali harus bertanggungjawab dalam memastikan ketelusan siasatan memandangkan tahap kemalangan yang serius.

4. Kementerian Pengangkutan serta pihak berkenaan juga wajar memantau perkembangan keadaan mangsa-mangsa dan orang awam yang terlibat.

5. Kementerian wajar terus mengemaskini maklumat berkenaan prosedur keselamatan kepada rakyat supaya tidak timbul isu kebimbangan terhadap penggunaan kenderaan awam terutamanya LRT.

6. Selain itu, merujuk kepada pengumuman Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkenaan pengurangan kekerapan perjalanan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah MyRapid, saya menggesa agar penetapan ini dinilai semula kerana ia akan membawa kepada kesesakan semasa waktu puncak. Seperti yang dikongsi dalam media sosial hari ini, kesesakan berlaku di stesen-stesen tumpuan semasa waktu puncak orang awam ke tempat kerja.

SYED IBRAHIM SYED NOH
Jurucakap Pengangkutan KEADILAN
Ahli Parlimen Ledang

Related Posts
crossmenuchevron-up