Carian
July 30, 2021

Ismail Sabri Derhaka Dua Kali Dalam Masa Sehari

1. Saya berasa amat kesal dengan kenyataan Ketua Whip Kerajaan merangkap Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam yang masih degil dan tergamak mempertahankan penderhakaan yang dilakukan oleh kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yasin.

2. Ismail Sabri nampaknya cuba menutup sebelah matanya terhadap penderhakaan yang dilakukan rakan sejawatnya, Menteri Undang-undang, YB Takiyuddin Hassan yang menyebabkan DYMM Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong murka terhadap jemaah kabinet.

3. Ismail Sabri sebagai ahli Jemaah Kabinet bertanggungjawab bersama apabila kerajaan megingkari titah Agong dengan membatalkan semua Ordinan Darurat tanpa dibentang dan dibahaskan di Sidang Parlimen dan apatah lagi belum diperkenan Baginda.

4. Beliau sekali gus melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dalam hal ini.

5. Pada masa sama, beliau turut 'menderhaka' kepada Presiden UMNO Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 7 Julai untuk menarik sokongan ke atas Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

6. Maka, mana-mana ahli Dewan Rakyat yang masih belum insaf dan masih menyokong Kerajaan Mahiaddin dianggap bersekongkol dengan Ismail Sabri yang tanpa segan silu menderhaka kepada Agong dan Raja-Raja Melayu dan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

7. Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan juga harus bertindak adil, membenarkan usul YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dibahaskan pada 2 Ogos demi mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up