Carian
September 14, 2022

Jabatan Kerajaan Hutang Caruman PERKESO Menindas Hak Penjawat Awam

Menurut berita baru-baru ini, jabatan kerajaan telah didakwa oleh CUEPACS bahawa lebih RM32 juta tunggakan caruman PERKESO tidak dilangsaikan. Saya menggesa pihak kerajaan supaya lebih beramanah dan menjelaskan hutang penjawat awam.

Kegagalan pembayaran caruman PERKESO mengakibatkan perlindungan keselamatan sosial tidak diterima oleh kakitangan, sejurusnya menindas hak mereka. Malahan, kemelut ini memaparkan budaya kerja negara kita yang tidak sihat.

“Tidak kira pekerja berkontrak atau sementara, jasa dan sumbangan mereka harus dihargai. Bayangkan akibat kalau penjawat awam yang mengalami kemalangan dan tidak dapat menuntut bayaran insuran dari PERKESO atas sebab tiada pembayaran caruman oleh jabatan kerajaan tersebut. .”

Pihak pengurusan harus mengingati bahawa kakitangan-kakitangan merupakan aset yang tidak ternilai bagi sesebuah organisasi. Selagi kebajikan mereka terjamin, maka keberkesanan dalam pelaksanaan kerja dan koordinasi antara jabatan dapat dipertingkat, sekali gus menambahbaikkan prestasi kerajaan.

Jabatan kerajaan seharusnya bertindak sebagai “role modal” atau contoh yang baik kepada pihak swasta dan masyarakat, bagaimana kerajaan hendak menwajibkan pihak swasta mencarum PERKESO tetapi jabatan kerajaan tidak melakukannya.

Kejadian tersebut adalah amat dikesali kerana keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan merosot lebih lagi.

“Tunggakan sejak tahun 2013 yang berjumlah besar sebegini adalah tidak dapat diterima. Menteri Sumber Manusia Saravanan dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah perbendaharaan kerajaan ini.”

Simon Ooi Tze Min
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Timbalan Pengarah Biro Pembangunan Modal Insan KEADILAN
Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah
ADUN Bakar Arang, Kedah

Related Posts
crossmenuchevron-up