Carian
September 30, 2022

JAWATANKUASA RUNDINGAN PAKATAN HARAPAN DAN PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Pakatan Harapan dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan kerjasama politik PSM dengan Pakatan Harapan.

Ahli Jawatankuasa Rundingan Pakatan Harapan yang hadir adalah:
i.YB Steven Sim Chee Keong - Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Democratic Action Party (DAP)
ii.YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan)
iii.Tn Hasbie Muda - Ketua Pemuda Nasional, Parti Amanah Negara (Amanah)
iv.B Datuk Ewon Benedick - Naib Presiden, United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO)

Wakil PSM yang hadir adalah:
i.Tn S. Arulchelvan – Setiausaha Agung
ii.Saudari Soh Sook Hwa – Bendahari Kehormat

Ini adalah satu usaha serius antara Pakatan Harapan dan Parti Sosialis Malaysia bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat Pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui kenyataan bersama kepada pihak media.

Related Posts
crossmenuchevron-up