Carian
June 17, 2021

Junjung Titah YDPA: Buka Parlimen Segera

1. Saya dengan rendah diri menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu terhadap pasak demokrasi dalam negara ini.

2. Tiada terbinanya keadilan dan kesaksamaan tanpa tiang semak dan imbang dalam sesebuah negara. Situasi kritikal menghadapi pandemik ini bahkan menuntut agar sistem demokrasi berparlimen ini menjadi kunci ke arah negara yang bebas bahana penyakit dan kewangan.

3. Titah dari Istana begitu jelas mengingatkan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Seluruh ahli parlimen bahkan rakyat semuanya memerhati dan memahami bahawa peringatan yang disebut sebanyak dua kali oleh Seri Paduka Baginda ini membawa makna yang segera.

4. Sebagai sebuah kerajaan yang terbukti lemah dan cuak, ternyata strategi menutup pintu parlimen serta bermain dengan perintah darurat semata-mata bersifat politik dan keji.

5. Mengambil semangat titah Seri Paduka Baginda yang mengutamakan situasi kesihatan dan ekonomi rakyat, buka parlimen sesegera mungkin! Bentangkan segala pelan dan tindakan dan kita bahaskan!

SYED IBRAHIM SYED NOH
Ahli Parlimen Ledang
Pengerusi KEADILAN Negeri Johor

Related Posts
crossmenuchevron-up