Carian
September 18, 2021

KEADILAN Minta Segera Daftar dan Bantu Usahawan Mikro

Berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ewal Pengguna Dato’ Seri Alexander yang menyatakan bahawa perusahaan mikro teruk terjejas akibat pandemik ini. Hakikatnya, masih wujudnya banyak perusahaan mikro yang tidak berdaftar dan ia adalah penting untuk memberikan subsdi serta bantuan kewangan kepada golongan ini, seterusnya memudahkan pendaftaran perniagaan mereka.

Bagi perusahaan mikro yang tidak berdaftar, tidak kira sama ada Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 sehingga 4.0, mereka tidak layak berdaftar dan tidak pernah memperolehi sumbangan daripada Kerajaan kerana kekurangan maklumat terhadap golongan ini.

Dato’ Seri Alexander juga menyatakan bahawa perniagaan mikro dan perniagaan yang tidak berdaftar merupakan perniagaan yang paling ketara dapat dilihat di negara kita. Namun, KPDNHEP kekurangan usaha untuk bertemu dan menggalakkan pendaftaran perusahaan-perusahaan mikro yang masih tidak berdaftar. Jika tiada usaha sebegini, macam mana pula boleh membantu golongan ini?

Saya khuatir jika pandemik ini berterusan sehingga bulan Oktober, kebanyakan perniagaan akan berada pada tahap kritikal seperti apa yang diperkatakan oleh Menteri, mereka terpaksa menamatkan perniagaan atau isytihar bankrap.

Menurut ‘Laporan Ekonomi Malaysia’ oleh Bank Dunia, berbanding dengan negara-negara jiran, perusahaan negara kita mengalami masalah aliran tunai yang paling serius. Aliran tunai perusahaan Indonesia boleh bertahan selama 9.48 bulan, Vietnam selama 5.85 bulan, manakala Malaysia hanya mampu bertahan 4.9 bulan.

Saya percaya bahawa kebanyakan perusahaan mikro ini adalah pengusaha persendirian yang membuka gerai, tukang-tukang dan mereka yang memperolehi pendapatan harian. Kebanyakan mereka tidak mendaftarkan perniagaan kerana berpendapat bahawa proses pendaftarannya rumit, kesedaran yang rendah ataupun pengusaha sudah berumur. Sekarang perniagaan dan kehidupan mereka akan menjadi semakin susah.

Saya mencadangkan kepada KPDNHEP & Kementerian Pembangunan Usahawan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk memulakan perhubungan dan pendaftaran perusahaan mikro yang masih tidak berdaftar ini. Pada waktu yang sama, mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyediakan perkhidmatan pendaftaran yang lebih senang dan murah kepada perusahaan mikro ini serta selaraskan dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan kerajaan dalam membantu perusahaan mikro.

Saya berpendapat bahawa, jika gagal untuk meningkatkan keterlihatan perusahaan mikro dan memperolehi pangkalan data yang lengkap, tidak kira sama ada bantuan kewangan atau sebarang ganjaran ke atas transformasi digital dan automasi, ia tidak akan menguntungkan perusahaan mikro yang tidak berdaftar. Usaha-usaha sebegini akan menjadi seperti melepaskan batuk di atas tangga.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu

Related Posts
crossmenuchevron-up