Carian
February 20, 2024

Kenyataan Media Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN (MPP) telah mengadakan mesyuarat pada 18 Februari 2024, Ahad, bagi membincangkan, antara lain, perihal penyusunan semula pimpinan KEADILAN di beberapa negeri.

Penyusunan ini telah mengambil kira semua pandangan bagi memastikan KEADILAN terus kukuh dalam mendukung agenda reformasi di bawah kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Penyusunan yang terlibat adalah sebagaimana berikut:

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis:

Pengerusi : Saudara Noor Amin Ahmad (lantikan baru)

Timbalan Pengerusi : Saudari Gan Ay Ling (lantikan baru)

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah:

Pengerusi : Saudari Nor Azrina binti Surip @ Nurin Aina binti Abdullah (lantikan baru)

Timbalan Pengerusi : Saudara Zamri Yusuf (lantikan baru)

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pulau Pinang:

Pengerusi : Saudari Nurul Izzah Anwar (kekal)

Timbalan Pengerusi : Saudara Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (lantikan baru)

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak:

Pengerusi : Saudara Chang Lih Kang (kekal)

Timbalan Pengerusi : Saudara Mohamad Hairul Amir bin Sabri (kekal)

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan:

Pengerusi : Saudara Aminuddin Harun (kekal)

Timbalan Pengerusi : Saudara Muhammad Nazri Kassim (kekal)

Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka:

Pengerusi : Saudara Mohd Rafee bin Ibrahim (lantikan baru)

Timbalan Pengerusi : Suadara Jagatheason a/l Ramiah (lantikan baru)

MPP juga telah bersetuju untuk saudara Saifuddin Nasution Ismail menjadi pemantau untuk perjalanan KEADILAN di negeri Perlis dan Kedah manakala saudara Aminuddin Harun akan memantau KEADILAN di negeri Melaka.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik. Semoga amanah yang diletak ke atas pundak setiap yang dilantik digalas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Setiausaha Agung

Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up