Carian
June 8, 2022

Kenyataan Menghina Nabi Sebahagian Corak Anti-Islam Lama Oleh BJP

Kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang merupakan parti yang memerintah India melalui pegawai kanan mereka Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal sangatlah menjijikkan dan tidak bertamadun.

Saya pasti semua rakyat Malaysia yang mempunyai semangat muhibah, walaupun apa jua kepercayaan mereka, akan mendapati serangan oleh dua pegawai BJP itu melampau dan tidak boleh diterima.

Walaupun kedua-dua individu itu telah digantung kerja/ dibuang, tingkah laku mereka boleh dikatakan sebahagian daripada corak retorik dan tindakan anti-Islam di pihak BJP.

Parti itu boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan yang mengatakan mereka peduli tentang semangat "menghormati" semua agama. Dunia tetap dapat melihat rekod kerajaan BJP yang telah menjadi bencana mutlak bagi kemajmukan India dan reputasinya sebagai sebuah negara harmoni pelbagai agama.

Ini termasuk tindakan kontroversi Akta Kewarganegaraan (Pindaan) dan pembatalan kedudukan khas Jammu dan Kashmir serta penindasan mengerikan warga di sana.

India wajib menyedari tindakan dan kata-kata pemimpin mereka mempunyai impak jauh melangkaui sempadan mereka. Sikap berhati-hati dan pemikiran yang waras mestilah dipeganf jika mereka mahu terus dianggap negara yang bertanggungjawab.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA
PARTI KEADILAN RAKYAT
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Related Posts
crossmenuchevron-up