Carian
April 26, 2021

Kenyataan Syed Saddiq Angkuh Dan Tidak Bertanggungjawab

Saya merujuk kepada kenyataan baru-baru ini oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan bahawa beliau akan menolak untuk menyertai sebarang gabungan antara KEADILAN dan UMNO.

Pertama sekali, seperti yang dinyatakan oleh pemimpin KEADILAN – termasuk Anwar Ibrahim – telah berulang kali menyatakan, tiada perbincangan formal dengan UMNO dalam soal pembentukan kerajaan.

Harus diingati bahawa seperti di laman media sosial baru-baru ini, para pemimpin dari MUDA telah bertemu dengan Anwar.

KEADILAN dan Pakatan Harapan kini memberi tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dipandu oleh semangat daripada Ketetapan Port Dickson.

Oleh itu, protes Syed Saddiq adalah angkuh dan tidak bertanggungjawab.
Beliau berhak untuk menyuarakan pendapatnya. Ini tidak termasuk hak untuk memaksakan fantasi khayalannya kepada orang ramai.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA

Related Posts
crossmenuchevron-up