Carian
July 28, 2020

Keputusan Kes Najib Bukti Kebejatan UMNO-BN

Kenyataan Media

28 Julai 2020

 

KEPUTUSAN KES NAJIB BUKTI KEBEJATAN UMNO-BN

 

Penerangan KEADILAN menyambut baik keputusan mahkamah yang mensabitkan salah terhadap DS Najib dalam 7 pertuduhan yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.

 

Ini sebenarnya jumlah kecil daripada banyak lagi kes melibatkan DS Najib terutamanya 1MDB yang telah mula dibangkitkan oleh KEADILAN, khususnya DS Anwar Ibrahim sejak tahun 2011 lagi di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

 

Keputusan hari ini juga dicapai melalui kebebasan sistem kehakiman, prinsip yang diperjuang dan menjadi sebahagian asas penubuhan KEADILAN. Kita akan terus berjuang memastikan reformasi institusi dilaksanakan dan dipertahankan serta terus menambah baik persekitaran demokratik seiring dengan tata kelola kerajaan yang baik.

 

KEADILAN, bersama rakan-rakan di blok pembangkang percaya rakyat kini sudah tidak boleh dimomokkan dengan pelbagai ancaman dan fitnah. Kami akan terus bersama dan berikhtiar mengembalikan mandat rakyat untuk membolehkan reformasi menyeluruh dilaksanakan di segenap peringkat.

 

Kami yakin rakyat mahukan reformasi dan akan terus menyokong pemimpin dan parti yang komited dengan agenda ini.

 

YB DATUK SERI SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

Ketua Penerangan

Parti KEADILAN Rakyat

 

28 Julai 2020

Related Posts
crossmenuchevron-up