Carian
May 28, 2021

Kerajaan Wajar Pertimbangkan Libat Urus Wakil Rakyat Sepenuhnya Dalam PICK

Saya merujuk kepada laporan media kebelakangan ini mengenai isu ketidakhadiran warga emas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pendaftaran pemvaksinan masih rendah dan isu-isu tertimbul dalam pelaksanaan Program Imuniti Covid-19 Kebangsaan (PICK). Kerajaan wajar mengambil pendekatan baru dalam pelaksanaan PICK khususnya pengurusan janji temu pemvaksinan.

Saya mencadangkan tiga pendekatan baru kerajaan boleh mempertimbangkan seperti:

Pertama, meningkatkan keberkesanan kerjasama antara kerajaan dengan pemimpin komuniti, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis tempatan dan Ketua Kampung dengan mengadakan Taklimat PICK mingguan dan mesyuarat penyelarasan di lokaliti masing – masing sehingga negara ini mencapai matlamat imuniti kelompok.

Maklumat perkembangan pendaftaran dan pemvaksinan yang terkini dikongsikan dalam Taklimat PICK di peringkat negeri dan kawasan supaya wakil – wakil komuniti dan pemimpin tempatan boleh menyelaraskan bantuan setempat.

Kedua, mewujudkan mekanisasi panggilan talian khas hotline berkomunikasi dua hala yang mempunyai pilihan bahasa perantaraan bagi pengurusan janji temu, susunan pemvaksinan di rumah dan urusan bantuan menghadiri PPV di peringkat negeri dan tempatan.

Ketiga, meningkatkan kekerapan persiaran maklumat dalam pelbagai bahasa mengenai kempen kesedaran pemvaksinan, demonstrasi cara mendaftar, menyemak dan mengubah janji temu, melalui semua platform media: TV, Media online, Radio dan sebagainya dalam sehari.

Pada masa yang genting ini, kita harus mengetepikan perbezaan pendirian politik masing – masing dan mengutamakan usaha memerangi penularan wabak Covid -19.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up