Carian
May 25, 2022

Kes Kematian Pelajar UUM Perlu Ditangani Telus Dan Terbuka

Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 2, Vinosiny Sivakumar, ditemui meninggal dunia dalam bilik asrama pada 21hb Mei.

ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min menggesa pihak polis bagi segerakan pengumuman hasil siasatan penuh, supaya punca kemalangan dan pihak bertanggungjawab dapat dikenalpasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan sawan, namun pihaknya masih menunggu laporan kimia berhubung kematiannya.

Namun begitu, keluarga mendiang memaklumkan kepada MalaysiaKini terdapat kesan terbakar yang jelas di muka dan tangan kanan Vinosiny, manakala doktor yang menjalankan bedah siasat turut memberitahu punca kematian adalah kejutan elektrik. Pada masa yang sama, bapa Vinosiny juga kesal dengan pengurusan UUM yang enggan memberi penjelasan jelas kepada keluarganya.

Dengan ini, saya meminta pihak polis dan pengurusan UUM supaya menangani insiden tersebut secara telus dan terbuka. Pihak berwajib harus mendedahkan perincian insiden yang penuh, serta memberi penjelasan yang kukuh bagi tragedi ini. Sekiranya punca kemalangan ini adalah disebabkan renjatan elektrik. Maka pihak universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) harus bertanggungjawab sepenuhnya atas tragedi yang berlaku.

Kampus universiti seharusnya menyediakan pelajar persekitaran yang selesa dan selamat untuk menuntut ilmu. Namun kebanyakan fasiliti di universiti awam yang usang dan rosak, jelas menunjukkan pihak universiti dan KPT yang berkali-kali mengabaikan keselamatan pelajar.
Kematian Vinosiny pada Sabtu yang lalu jelas merupakan satu amaran yang serius untuk mengingatkan pihak univerti dan KPT supaya segerakan penyelenggaraan fasiliti kampus bagi memastikan tragedi sebegini tidak berlaku lagi.

Related Posts
crossmenuchevron-up