Carian
December 8, 2023

KIRA MELANCARKAN PROGRAM RUJUKAN (MEMBER2MEMBER)

1. Ucapan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) baru-baru ini menegaskan bahawa gerakan koperasi merupakan satu kaedah untuk merakyatkan ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada kejayaan pelabur dan syarikat besar.

2. Sehubungan dengan itu, KIRA akan memberi tumpuan khusus untuk mendaftarkan lebih ramai ahli dan meningkatkan penjualan syer koperasi. Semasa menyampaikan ucapan di Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2023, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Rafizi Ramli telah mengumumkan sebuah insentif baharu iaitu Program Rujukan KIRA (Member2Member) sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai anggota KEADILAN menyertai KIRA. 

3. Melalui program Member2Member ini, ahli KIRA yang berjaya mendaftarkan rakan mereka sebagai ahli baru KIRA akan mendapat insentif syer koperasi bernilai RM10. Untuk sementara waktu, permohonan insentif Member2Member ini akan diproses secara manual sementara KIRA menjalankan proses kemaskini terhadap Aplikasi Atas Talian (Apps) KIRA.

4. Kami percaya bahawa setiap ahli KIRA mampu menjadi agen terbaik dalam membantu mempromosikan KIRA kepada masyarakat umum. Pada masa yang sama, program Member2Member ini adalah peluang eksklusif untuk ahli KIRA menjana pendapatan tambahan. 

5. Justeru itu KIRA dengan sukacitanya mengumumkan bahawa program insentif Member2Member akan bermula pada hari ini. KIRA mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih kepada ahli KIRA yang berjaya menjadi agen promosi KIRA. 

Raiyan Abdul Rahim

Pengerusi KIRA

(Koperasi Keadilan Berhad)

8 Disember 2023

Related Posts
crossmenuchevron-up