Carian
January 21, 2022

KPM Diminta Memanggil Guru Interim Untuk Temudduga SPP

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mendapat makluman bahawa guru-guru interim yang dilantik beberapa tahun sebelum ini tidak dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) walaupun tempoh khidmat mereka hampir tamat.

JKPPH dimaklumkan yang dalam tempoh perkhidmatan sebagai guru interim, pihak SPP akan memanggil mereka untuk ditemuduga agar boleh diserap sebagai guru tetap selepas tamat kontrak mereka.

Namun, keluhan daripada guru-guru interim ini, masih ramai yang belum dipanggil oleh SPP. Malah pengambilan secara one-off yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan tahun lalu untuk mengisi jumlah guru yang tidak mencukupi juga tidak melibatkan guru interim.

JKPPH berpandangan, guru interim perlu diutamakan pengambilan mereka sebagai guru tetap selain graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) memandangkan guru interim telah berpengalaman bertugas di sekolah dan sudah mahir dengan situasi semasa di sekolah.

Selain itu, tidak memanggil mereka untuk ditemuduga oleh SPP merupakan satu penganiayaan kepada mereka sedangkan dalam surat tawaran kepada mereka telah dinyatakan yang mereka akan dipanggil untuk diserap sebagai guru tetap.

JKPPH menggesa pihak KPM dan SPP segera memanggil mereka untuk ditemuduga.

“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:

YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up