Carian
September 15, 2021

Majoriti Ketua Cabang Seluruh Sabah dan Labuan Mahu Lambang KEADILAN Digunakan Pada PRU 15

Lambang PKR sudah di guna pakai lebih 21tahun dan telah melalui 5 PRU semenjak tahun 1999 lagi. Penggunaan lambang PKR kekal relevan pada PRU 15 ini setanding penggunaan parti-parti utama di Malaysia seperti BN dan PAS.

Maka, lambang PKR telah dikenali oleh seluruh pelusuk masyarakat di Malaysia amnya sebagai parti yang mempunyai pengaruh kuat dalam arena politik tanah air. Perkara ini tidak dapat di dangkal sama sekali oleh pihak lain akan kemasyuran logo PKR di dalam gelanggang politik.

Kemenangan Pakatan Harapan(PH) pada PRU 14 dengan menggunakan logo PKR menceritakan segala-galanya. Logo keramat PKR digunakan di dalam kertas undi bagi calon Pakatan Harapan di dalam PRU 14 dan hasilnya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 yang lepas. Buat julung kalinya logo bendera dacing(BN) mengalami kekalahan yang meruntuhkan sistem pemerintahan selama lebih 60tahun.

Kesimpulannya,logo PKR amat relevan untuk digunakan dalam PRU 15 untuk mengembalikan mandat rakyat yang telah tercalar akibat pengkhianatan Parti PPBM dan sebahagian pengkhianat PKR sendiri. Majoriti Ketua Cabang seluruh Sabah dan Labuan sebulat suara menyokong penuh penggunaan logo PKR pada PRU 15.

Simsudin Sidek
Ketua Cabang Labuan

Related Posts
crossmenuchevron-up