KENYATAAN MEDIA
Malam tadi Biro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat pertama bagi tahun 2020 yang juga merupakan mesyuarat pertama Biro Politik sejak Kongres Nasional pada 7 dan 8 Disember yang lalu.
Biro Politik telah membincangkan beberapa perkara berkait pengurusan parti, khusus melibatkan keanggotaan di mana seramai 9,719 anggota baharu telah diluluskan dengan penambahan terbesar di Selangor (2,441 anggota), Perak (1,762 anggota) dan Sabah (1,141 anggota). Antara Cabang-Cabang yang mencatatkan jumlah anggota baharu tertinggi termasuk Subang (1,045 anggota), Sungai Siput (801 anggota), Serdang (800 anggota) dan Libaran (266 anggota).
Sekiranya penambahan anggota baharu kekal pada kadar yang sihat ini, keanggotaan parti dianggar mencecah 1 juta pada pertengahan 2020.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
2 Januari 2020