Carian
October 18, 2021

Pakatan Harapan Sertai Majlis Pemulihan Negara

Lanjutan kepada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 September lalu, empat wakil Pakatan Harapan telah secara rasmi menghadiri mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang telah berlangsung hari ini.

Empat wakil Pakatan Harapan ke Majlis Pemulihan Negara adalah:

1) YB Wong Chen (Ahli Parlimen Subang, KEADILAN)
2) YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP)
3) YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor, AMANAH)
4) YBhg Tan Sri Bernard Dompok (UPKO)

Mesyuarat selama tiga jam itu berlangsung di Lanai Kijang dan dipengerusikan YB Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Mesyuarat telah diberikan taklimat perkembangan terkini situasi pandemik COVID-19, cabaran-cabaran yang dihadapi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), dan juga isu bantuan kecemasan makanan.

Wakil Pakatan Harapan telah mengemukakan pandangan dan cadangan dasar di dalam mesyuarat ini.

Pakatan Harapan akan meneruskan pendekatan dwipartisan dan memberi kritikan membina dan pendapat konstruktif demi memastikan usaha pemulihan negara dapat berjalan dengan lebih baik.

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang seterusnya dijangka diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang.

YB Wong Chen
YB Chong Chieng Jen
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
YBhg Tan Sri Bernard Dompok

Related Posts
crossmenuchevron-up