Carian
May 9, 2021

Pakatan Harapan Terus Perkukuh Gerak Kerja Dengan Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa

Pakatan Harapan Terus Perkukuh Gerak Kerja Dengan Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa

Hari ini, tiga tahun lalu, dunia telah menyaksikan sejarah terlakar apabila Rakyat Malaysia memilih untuk mengubah Kerajaan secara demokratik di peti undi. Rasa takut dan gentar berubah menjadi satu kegembiraan yang tidak mudah dilupakan.

Namun, tidak sampai dua tahun kemudian, pada ketika gelombang pertama wabak COVID-19 baru menular, para pengkhianat dan golongan oportunis telah bersatu untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” melalui tindakan-tindakan sabotaj dan pengkhianatan.

Hari ini, kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, kerajaan ini kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil. Ekonomi negara terus muram dan lesu dengan timbunan hutang, kehilangan pelabur asing, angka pengangguran yang terus meningkat. Dari segi kesihatan awam kegagalan kerajaan menangani pandemik COVID-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang siurnya arahan PKP. Akibatnya kesilapan demi kesilapan kerajaan ini menghantui kita: kompaun yang keterlaluan; amalan budaya ‘Antara Dua Darjat’ berleluasa; SOP caca merba lagi mengelirukan; Darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik, malah keadaan menjadi semakin kritikal.

Rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti Pakatan Harapan itu sendiri semakin kuat secara automatik.

Oleh itu, sempena ulangtahun ke-3 kemenangan Pakatan Harapan, dan bersandarkan Ketetapan Port Dickson yang telah dibuat pimpinan utama, serta memahami keperluan memperkukuh gerak kerja Pakatan Harapan, maka hari ini Majlis Setiausaha mengumumkan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa seperti berikut:

Jawatankuasa Pendidikan
YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai
YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin

Jawatankuasa Kesihatan
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching
YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut
YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi

Jawatankuasa Ekonomi
YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam Pakatan Harapan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 tatkala pandemik reda kelak.

YB DS Saifuddin Nasution
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Anthony Loke
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up