Carian
May 19, 2022

Pemansuhan AP Populis Tapi Bukan Penyelesaian Krisis Harga Makanan

1. Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan semua Approved Permits (AP) pengimportan makanan untuk mengawal kenaikan kos harga makanan.

2. Bagi rakyat biasa ia amat popular, tapi sebenarnya ia tidak membawa kesan yang banyak.

3. AP makanan sebenarnya hanya melibatkan 5 jenis makanan sahaja:
a. Kobis bulat
b. Kelapa tua biji
c. Susu cair
d. keratan ayam
e. beras

4. Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan 5 jenis makanan sahaja.

5. Kerajaan seharusnya memahami dengan lebih dalam Industri pertanian dan rantaian makanan.

6. Punca kenaikan harga makanan sebenarnya adalah kebergantungan kepada pengimportan makanan.

7. Malaysia mengimport RM55bilion makanan pada tahun 2020.

8. Apabila harga makanan antarabangsa naik, maka harga makanan Malaysia juga naik kerana kita import.

9. Apabila ringgit Malaysia jatuh ke paras RM4.40 berbanding $1 dollar Amerika, harga makanan naik kerana kita bayar negara pengeluar dalam US dollar.

10. Kebergantungan keterlaluan terhadap import makanan adalah punca harga makanan naik.

11. Pada pendapat saya, kerajaan seharusnya meningkatkan kapasiti negara kita sendiri untuk mengeluarkan makanan untuk memenuhi keperluan 32 juta rakyat dalam negara kita.

12. Ini dipanggil food sovereignty.

13. Food sovereignty bertujuan meningkatkan kapasiti petani, nelayan dan penternak kecil dan sederhana dalam negara untuk memenuhi keperluan makanan setempat.

14. Dasar yang memansuhkan AP walaupun dinampak populis, tapi tidak akan menyelesaikan masalah kos makanan jika kerajaan tidak meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan para petani, nelayan dan penternak domestik.

Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Jurucakap Parlimen hal ehwal Pertanian & Komoditi, Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up