Carian
July 22, 2022

Pembayaran Bantuan Kematian Covid-19 Perlahan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min, mendedahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat mengenai kelewatan menerima bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) digesa menangani masalah itu secepat mungkin bagi membantu rakyat mengharungi masa sukar ini.

Sejak tahun lepas, NADMA telah membuka permohonan untuk bayaran saguhati kematian RM5,000 (Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19) bagi ahli keluarga yang meninggal dunia akibat COVID-19.Antara syarat adalah selagi ia disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah meninggal dunia akibat virus COVID-19, mereka layak mendapat bantuan kematian ini.

Walau bagaimanapun, ramai yang mengadu bahawa mereka tidak menerima bayaran takziah. Selain itu, status permohonan tidak jelas, dan tiada pemberitahuan jika pemohon tidak memenuhi kelayakan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Simon Ooi Tze Min, berkata bahawa ramai orang mengadu kepadanya mengenai masalah itu, dan pusat khidmat juga telah cuba menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan, tetapi semuanya berakhir tanpa jawapan. Panggilan telefon hotline tidak ada orang jawap dan semakan status di portal juga tiada maklumat.

Beliau menyarankan Jabatan Perdana Menteri dan Nadma mempercepatkan proses semakan dan pengagihan. Pemohon perlu diberi jawapan dan bukan hanya menunggu dan setiap hari semak sehingga mengganggu kehidupan harian mereka.

Related Posts
crossmenuchevron-up