Carian
June 5, 2021

Penangguhan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN

1. KEADILAN telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada jam 6:21 PM, 4 Jun 2021 dan makluman secara lisan daripada pihak Pendaftar Pertubuhan pada hari yang sama mengarahkan Kongres Nasional parti yang dijadualkan pada 6 Jun 2021 ditangguhkan.

2. Arahan terbaru MKN ini bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei 2021, yang telah menyatakan bahawa MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional KEADILAN secara dalam talian sepenuhnya.

3. KEADILAN merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

4. Butiran keputusan ini akan diumumkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Amanat Khas esok menerusi Facebook parti pada 11 pagi 6 Jun 2021.

5. Beliau akan turut menyentuh isu ekonomi dan COVID-19 serta perkembangan politik terkini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres
Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up