Carian
March 23, 2021

Pendedahan KPN Serius Dan Perlu Ditangani

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengikuti laporan-laporan media yang memetik Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai berkata wujudnya ‘kartel’ di kalangan pegawai yang berniat menjatuhkan beliau dengan tujuan meneruskan kerja-kerja kotor serta adanya budaya ‘ambil duit’ dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan-kenyataan ini amat membimbangkan kerana seakan wujudnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan kebebasan dan integriti PDRM, yang secara langsung akan mendatangkan kesan buruk terhadap imej, reputasi dan kewibawaan PDRM itu sendiri.

Oleh yang demikian, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menggesa Menteri Dalam Negeri agar kewujudan ‘kartel’ ini disiasat segera serta diambil tindakan tegas.

Elemen-elemen ‘kartel’ ini tidak boleh dibenarkan menyusup masuk dan mengawal PDRM, keranaakhirnya ia akan menghancurkan institusi tersebut.

YB DS Saifuddin Nasution Ismail
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up