Carian
February 14, 2022

Penularan Covid-19 Di Kalangan Calon SPM, KPM Perlu Buat Pengumuman Segera

JK Pendidikan Pakatan Harapan mendapat maklumat bahawa jangkitan Covid-19 melibatkan calon SPM telah meningkat.

Hal ini mendorong kesiapsiagaan mereka untuk menduduki Ujian Amali dan Ujian Mendengar/Bertutur yang sedang berlangsung terjejas.

Lebih merisaukan lagi, calon SPM yang dijangkiti Covid-19 mahupun kontak rapat kepada pesakit Covid-19 perlu di kuarantin mengikut jangka masa yang ditetapkan, menyebabkan calon tidak dapat menduduki ujian-ujian yang sedang berlangsung.

Maklumat yang diperoleh JKPPH juga mendapati Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) belum menetapkan kaedah penggantian menduduki ujian jika calon tersebut tidak dapat menduduki ujian pada tarikh asal disebabkan kuarantin.

JKPPH mendesak KPM dan LPM memberikan penjelasan segera sama ada bolehkah calon menduduki ujian semula atau tiada sesi ulangan yang disediakan buat mereka?

Yang lebih penting, JKPPH mendesak KPM dan LPM mengumumkan perancangan kontingensi jika calon SPM tidak boleh menduduki pentaksiran berpusat mulai bulan Mac ini jika mereka dijangkiti mahupun kontak rapat pesakit Covid-19.
Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up