
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝟭𝟳,𝟱𝟬𝟬 𝗣𝗲𝗻𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗧𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗿
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Pemilihan KEADILAN 20...
Ketahui Lebih Lanjut
Saya telah membaca laporan Malaysiakini bertarikh 30/1/2022 berhubung dakwaan rasuah melibatkan saya yang ditimbulkan oleh pihak tertentu.
Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan rekayasa dusta berbaur fitnah ini.
Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya
terhadap isu-isu pendidikan.
Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
Hidup dan perjuangan saya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib OKU, nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti bagi negara kita
yang tercinta.
Dr. Maszlee Malik
Ahli Parlimen P151 Simpang Renggam