Carian
March 2, 2021

PKR Hantar Surat Kepada MP Tebrau Tuntut RM10j

Proses mahkamah menuntut pampasan RM10 juta daripada Ahli-ahli Parlimen KEADILAN yang mengkhianati mandat masih berjalan mengikut prosedur.

Zuraida Kamaruddin telah pada 29.01.2021 memfailkan permohonan untuk membatalkan tindakan yang dibuat oleh Keadilan ke atasnya atas alasan bahawa ianya adalah bertentangan dengan undang-undang. Keadilan membantah permohonan ini yang tidak berasas dan tanpa merit.

Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1.4.2021 untuk mendapatkan arahan yang seterusnya berkenaan dengan kes ini.

Berkenaan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh dua orang ahli Parlimen, KEADILAN telah menghantar surat tuntutan RM10 juta kepada Steven Choong, Ahli Parlimen Tebrau. Beliau perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh 7 hari, dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti KEADILAN dalam PRU14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up