Carian
March 19, 2021

PN Tidak Menunjukkan Rasa Simpati Terhadap Rakyat Malaysia Di Singapore

Pakatan Harapan memandang serius situasi yang dialami rakyat Malaysia yang terpaksa berbaris panjang dan lama di luar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura. Dugaan yang dihadapi rakyat kita dalam mencari rezeki di luar tanah air sendiri kerana ekonomi negara tidak mampu menawarkan bayaran yang lebih tinggi sangat menyayat hati.

Kerajaan Perikatan Nasional, terutamanya Menteri Luar Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya paling kurang perlu menunjukkan rasa simpati terhadap mereka ini.
Beliau perlu memberi penjelasan segera berkenaan situasi yang sedang berlaku.

Masalah yang sedang dihadapi rakyat kita di Singapura boleh diselesaikan dengan menugaskan lebih ramai pegawai selain menggunakan teknologi secara lebih bijak supaya sekiranya perlu, warganegara boleh menyelesaikan masalah mereka secara online. Adalah amat memalukan bagi negara sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cekap dalam hal-hal sebegini, pada tahun 2021.

Pakatan Harapan menegaskan bahawa ekonomi negara perlu dipacu secara dinamis terutamanya di saat ini agar rakyat Malaysia yang mencari rezeki di luar negara akan tertarik untuk kembali.

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Khalid Samad
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik(DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up