Carian
August 2, 2021

Presiden MIC Jangan Biadap Dan Derhaka

KEADILAN kesal dengan kenyataan terbaru Presiden MIC. Siapakah Vigneswaran ini yang secara angkuh melanggar perintah YDP Agong? Secara jelas titah YDP Agong menyatakan bahawa Ordinan Darurat mesti dibentang dan dibahaskan.

Berani beliau menyebut perbahasan ordinan ini sia-sia? Cukuplah menegakkan benang yang basah. Kerajaan hari ini jelas telah gagal melawan Covid-19 dan gagal menjunjung perintah YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

Hanya satu jalan untuk Perdana Menteri dan kerajaan hari ini. Berundur secara terhormat.

UMNO tidak lagi boleh berbolak balik dalam menyokong titah YDP Agong. Perlu diingat MIC ialah komponen Barisan Nasional di mana parti UMNO ialah tunjangnya. Justeru UMNO mesti menyatakan pendirian terhadap kenyataan terbaru Presiden MIC.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
Ketua Penerangan KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up