Carian
October 15, 2022

RIBU PENUNTUT UUM TIDAK MENDAPAT PENGINAPAN, GESA KPT DAN PIHAK UUM SELESAI SEGERA

Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bermula kelas bagi semester baharu pada Ahad ini (16 Oktober), namun masih terdapat hampir seribu pelajar yang belum mendapat tempat penginapan. 

ADUN Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pihak UUM segera menangani isu penginapan pelajar yang wujud.

Tze Min berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penuntut UUM, di mana mereka tidak diberi penempatan di asrama UUM walaupun telah membuat permohonan sejak bulan Ogos. 

“Apabila para pelajar bertanya kepada pihak universiti menggenai status permohonan penginapan, mereka hanya mendapat alasan permohonan masih dalam proses, dan diseru untuk bersabar.”

“Disebabkan hari Ahad akan bermula kelas, para pelajar telah pun mula kembali ke kampus pada hari Khamis untuk persiapan pelbagai urusan. Namun ramai pelajar yang masih belum mendapat asrama terpaksa tumpang di bilik kawan, malah ada yang bermalam di masjid, surau atau koridor.”

“Ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi, pihak pengurusan yang membiarkan pelajar bermalam di tempat terbuka, di mana berisiko terdedah kepada pelbagai bahaya yang bakal berlaku, jelas menunjuk sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan universiti tersebut.”

Beliau bertambah, UUM berada di Sintok yang agak terpencil dan kekurangan sumber rumah sewa, maka pelajar UUM mempunyai tiada pilihan selain menetap di asrama universiti. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, UUM mengalami masalah ketidakcukupan penginapan yang mungkin disebabkan pengambilan pelajar baharu yang berlebihan tanpa perancangan dan persediaan awal.

Bagi menyelesaikan masalah yang wujud di UUM, Tze Min menyeru pihak universiti supaya segerakan pengumunan keputusan permohonan penginapan. UUM juga perlu menempatkan pelajar ke dalam bilik kosong dengan secepat mungkin.

Sekiranya pihak universiti tidak dapat menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat, beliau mencadangkan UUM supaya melaksanakan kelas mod atas talian buat sementara, sehingga semua masalah penginapan pelajar diselesaikan.

Tze Min yang juga ahli majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat turut mengkritik pihak KPT tidak melakukan perancangan dan persediaan dalam pengambilan pelajar baharu, dan ini menyebabkan isu ketidakcukupan penginapan pelajar berlaku di banyak universiti awam.

“Pengambilan pelajar universiti yang ramai membuka peluang kepada lebih banyak orang dapat melanjutkan pelajaran, namun ia harus memastikan kebajikan semua pelajar dibela serta mutu pengajaran dijamin.”

“Malangnya, dalam ranking universiti yang baru dikeluar oleh Times Higher Education, tiada sebuah universiti Malaysia yang memasuki dalam senarai 350 universiti terbaik dalam dunia, ini turut menunjukkan kegagalan KPT dalam membekal pendidikan tertiari yang berkualiti untuk pelajar.”

“Universiti merupakan tunjang kemajuan negara, saya berharap kerajaan supaya memberi peruntukan khas kepada universiti-universiti awam bagi tujuan pembinaan asrama baharu serta penyelenggara fasiliti-fasiliti kampus, untuk mewujudkan suasana universiti yang selesa dan kondusif  kepada mahasiswa-mahasiswi yang menuntut ilmu.”

SIMON OOI TZE MIN

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Timbalan Pengarah Biro Pembangunan Modal Insan KEADILAN

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Kedah

ADUN Bakar Arang, Kedah

Related Posts
crossmenuchevron-up