Carian
June 10, 2021

ROS Benarkan Mesyuarat Agung Tahunan Secara Maya, Kenapa Halang KEADILAN ?

Saya menyambut baik pengumuman Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang membenarkan penangguhan mesyuarat agung tahunan pertubuhan yang berdaftar di bawahnya kerana pelaksaaan sekatan pengerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Ia akan membantu pertubuhan yang berdaftar untuk merancang mesyuarat tahunan selepas PKP 3.0.

Dalam masa yang sama ROS turut memaklumkan pengecualian diberikan jika mesyuarat itu mampu dilakukan secara atas talian menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP dan memenuhi syarat-syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.

Keadaan ini membuat saya tertanya-tanya mengapa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya berlangsung secara atas talian pada 6 Jun lepas telah dihalang untuk berlaku.

KEADILAN telah mendapat kelulusan MKN untuk menjalankan Kongres atas talian.

Saya minta ROS konsisten dengan kenyataan mereka. Adakah wujud tangan-tangan halus yang takut dengan KEADILAN sehingga ia diminta untuk ditangguhkan pada saat-saat akhir?

Related Posts
crossmenuchevron-up