Carian
February 18, 2022

Segera Laksanakan Langkah Atasi Isu Beg Berat Murid Sekolah

JK Pendidikan Pakatan Harapan mendapati isu beg berat murid sekolah yang telah dibangkitkan hampir sebulan lalu, masih belum dijawab oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Meskipun banyak pihak termasuk pakar-pakar pendidikan dan kesihatan yang memberikan pandangan dan cadangan agar langkah segera diambil oleh KPM, malangnya KPM masih belum mengambil sebarang tindakan.
JKPPH mengambil berat isu ini kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada murid-murid dalam jangka masa panjang seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar kesihatan.

Oleh itu JKPPH mencadangkan KPM melaksanakan langkah segera untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:
• Bersedia untuk merombak sukatan pelajaran yang lebih mesra pendigitalan pendidikan bagi meminimumkan penggunaan buku teks fizikal.
• Memperbanyakkan buku teks dalam bentuk digital atau e-book untuk semua peringkat.
• Memudahkan urusan mengakses buku teks digital yang akan digunakan oleh murid-murid termasuk di kawasan luar bandar.
• Memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan PIBG untuk berbincang dan membuat keputusan kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan masing-masing.
JKPPH berharap cadangan ini boleh dipertimbangkan oleh KPM dan menggesa KPM bertindak segera menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023.
“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up