Carian
April 6, 2023

Serangan Terhadap Masjid al-Aqsa Adalah Perbuatan Pengecut

1. Parti Keadilan Rakyat Malaysia, mengutuk sekeras-kerasnya serangan kepada rakyat Palestin yang dilakukan oleh Regim Zionis.

2. Serangan yang dilakukan di Masjid Al-Aqsa menyebabkan sekurang-kurangnya 7 kematian dan mengakibatkan beratus-ratus orang cedera.

3. Ini adalah perbuatan pengecut yang menyerang mereka yang lemah dan tidak bersenjata. Satu perbuatan daripada kaum yang dayus kerana menyerang masjid, sebuah tempat ibadah.

4. KEADILAN mengajak semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar agama mahupun bangsa mengutuk perbuatan ini.

5. Perbuatan yang melampau ini adalah perbuatan yang berpunca daripada pemikiran ekstrem yang mesti ditolak oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian.

6. Pihak Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN juga mahukan agar kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan yang keras yang mengecam tindakan ini bagi memberikan tekanan kepada Israel dan badan-badan antarabangsa yang lain.

Amidi bin Abdul Manan,

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up