Carian
August 16, 2022

Tadbir Urus Baik Menjadi Pasak Pengurusan Kemenangan Wanita KEADILAN

1. Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Ke-2 yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita Pusat YB Senator Fadhlina Sidek Sidek telah disempurnakan pada sebelah petang semalam secara maya.

2. Parti kita telah melalui beberapa fasa yang penting sejak 1998, bermula daripada menjadi parti pembangkang, parti yang mentadbir Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan sehinggalah menjadi Parti yang mentadbir Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan pada tahun 2018.

3. Maksudnya, parti kita kini telah dilengkapi dengan pengalaman - pengalaman dalam kitaran kuasa politik dan kerajaan di sepanjang perjuangan ini. Wanita KEADILAN sebagai organisasi sayap kepada KEADILAN wajib melangkah ke hadapan dengan mengetengahkan amalan dan tadbir urus yang baik dalam organisasi kerana parti ini adalah Parti Kerajaan Menunggu (Government – in – Waiting) dan pada setiap masa pun bersedia mentadbir di Kerajaan Pusat.

4. Oleh itu, tugas utama Wanita KEADILAN adalah bertumpu kepada pengurusan kemenangan YB Fadhlina Sidek sebagai Ketua Wanita Pusat dengan menterjemahkan visi dan tawaran beliau (Tekad Wanita, 13 April 2022) semasa Pemilihan KEADILAN 2022 dalam organisasi sayap wanita dengan pendekatan perubahan struktur dan operasi.

5. Dengan sukacitanya, Barisan Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN semalam telah memberikan sokongan penuh bagi 3 penubuhan Jawatankuasa ini, iaitu:
i) Jawatankuasa Tetap Bank Isu dan Kit Penerangan (BANGKIT)
ii) Jawatankuasa Bertindak Laskar Wanita Adil (LAWA)
iii) Jawatankuasa Tetap Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan Wanita (ASAK)

6. BANGKIT, LAWA, ASAK merupakan 3 komponen daripada Tekad Wanita yang dilancarkan dan langkah strategi untuk mendepani cabaran untuk memenangkan parti dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Loh Ker Chean
Setiausaha Wanita Keadilan Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up