Carian
April 25, 2022

Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Kepada Guru Interim Yang Diserap Ke Posisi Tetap

JK Pendidikan Pakatan Harapan mendapat maklum bahawa guru-guru interim yang pada mulanya akan ditamatkan kontrak penghujung April 2022 ini, telah pun diserapkan sebagai guru tetap.

Meski sebelum ini guru-guru interim tidak dilibatkan dalam pengambil guru secara one-off melibatkan 18 000 kekosongan, JKPPH berpandangan guru interim harus diutamakan dan telah mendesak KPM bertindak melalui satu kenyataan media bertarikh 21 Januari 2022.

Akhirnya KPM dan SPP telah menyegerakan panggilan temuduga buat guru interim sebelum tempoh kontrak tamat, dan mereka telah pun berjaya diserap kep posisi guru tetap di sekolah yang sama.

Walaupun bukan kesemua guru interim mendapat peluang ini, JKPPH mendesak agar tidak ada lagi tindakan berbentuk penganiayaan kepada mana-mana guru baik tetap mahupun kontrak agar peluang dirasai untuk semua.

JKPPH mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada guru-guru interim yang telah diserap ke posisi tetap termasuk guru-guru baru yang telah pun diserap melalui skim pengambilan guru secara one-off.

Guru, obor hemah menyinari pertiwi!

“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:

YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi JK Pendidikan Pakatan Harapan (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN)
YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN)
YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)
YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)
YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP)
YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up