Carian
June 28, 2022

Tajuddin Bukti Anwar Tidak Bohong

Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Kenyataan beliau hari ini juga, menjelaskan bahawa memang benar PH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.

Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya.

Kenyataan Tajuddin hari ini juga menzahirkan bahawa pengkhianatan dan agenda peribadi telah pun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya.

Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di Mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan. Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya.

#rakyatnadiperjuangan

YB DS Shamsul Iskandar Bin Mohd Akin
Ketua Penerangan KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up