Carian
August 29, 2022

Ugutan Bunuh Ahli Parlimen Adalah Kesalahan Terhadap Negara, Polis Wajar Pertimbangkan Siasat Bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan

1. Saya berasa amat kesal terhadap berlakunya kes ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir melalui media sosial serta kebakaran yang berlaku di pejabat beliau kerana tindakan – tindakan ini merupakan kesalahan terhadap negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

2. Ahli Parlimen yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat melalui proses demokrasi adalah diperuntukkan kebebasan untuk bersuara, menyemak imbang di sidang parlimen untuk memastikan undang – undang dan dasar kerajaan memanfaatkan rakyat.

3. Fungsi institusi parlimen dan peranan ahli parlimen tercantas sekiranya keselamatan Ahli Parlimen tidak terjamin di luar parlimen.

4. Oleh itu, pihak polis digesa agar mempertimbangkan menyiasat kes ugutan bunuh ahli parlimen dan kebakaran di pejabat beliau mengikuti Seksyen 124 Kanun Keseksaan selain daripada Seksyen 436 Kanun Keseksaan, Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

5. Seksyen 124 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa sesiapa yang menyerang atau mempertakutkan Ahli Parlimen dan lain – lain dengan niat hendak memaksa atau menghalang apa – apa kuasa yang sah di sisi undang – undang dijalankan akan diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

6. Kita harus menghentikan budaya ugutan terhadap ahli parlimen atau wakil rakyat serta – merta untuk memelihara amalan sistem demokrasi yang sihat demi kepentingan kesejahteraan rakyat untuk jangka masa panjang.

Loh Ker Chean
Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat

Related Posts
crossmenuchevron-up