Carian
April 6, 2023

Wan Saiful patut jelaskan pernahkah Hamzah, Muhyiddin dan Hadi Awang kemukakan soalan PMQ?

Saya terhibur dengan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan bahawa ketua-ketua parti tidak diberikan ruang untuk bertanyakan soalan dalam slot pertanyaan Perdana Menteri (PMQ), maka wajarlah mereka tidak hadir ke parlimen.

Persoalan saya adalah, adakah ketiga-tiga pimpinan Perikatan Nasional (PN), iaitu Ketua Pembangkang Dato’s Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pernah mengemukakan soalan dalam slot PMQ tersebut? 

Sebagai pimpinan parti kanan, lazimnya soalan mereka akan diberikaan keutamaan oleh Yang diPerua Dewan Rakyat sekiranya mereka kemukakan soalan. 

Memang benar, semakan penyata rasmi mendapati bahawa ketiga-tiga pimpinan PN ini TIDAK PERNAH mengemukakan soalan dalam slot PMQ dalam sidang parlimen penggal ini.

Wan Saiful juga silap tentang hanya satu soalan tambahan yang dapat diberikan dalam slot PMQ. Semakan penyata rasmi mendapati bahawa terdapat situasi yang mana beberapa soalan tambahan yang diizinkan, contohnya pada 4 April 2023, 3 soalan tambahan dibenarkan kepada ahli-ahli parlimen daripada kerajaan dan pembangkang, bahkan soalan yang tidak berkaitan daripada Ahi Parlimen Arau Dato’ Seri Shahidan Kassim turut dijawab oleh Perdana Menteri sendiri. 

Saya menasihati Wan Saiful supaya jangan membabi buta mempertahankan pimpinan tanpa mencermikan diri. Perwujukan PMQ merupakan satu langkah besar di bawah Kerajaan Perpaduan yang mewajibkan Perdana Menteri untuk menjawab solan dewan setiap minggu. 

Langkah ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan terdahulu, termasuk kerajaan PN. 

Rakyat juga tidak terlupa bagaimana persidangan parlimen ditutup oleh kerajaan PN walaupun negara kita sudah dalam proses pemulihan COVID-19. 

Tidak salah pembangkang untuk mengkritik kerajaan dari luar, tetapi pimpinan kanan PN juga harus berani berdepan dan mempersoalkan Perdana Menteri dalam dewan. Jangan pandai bermain Tik-tok sehingga melupakan tugas asas mereka sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat. Akhirnya yang hilang diri disindir, tetapi yang pertahankan mereka juga diketawakan. 

YB Lee Chean Chung

Pengarah Komunikasi KEADILAN

Ahli Parlimen Petaling Jaya

Related Posts
crossmenuchevron-up