Carian
June 6, 2021

Wanita Muda Persoal U-Turn MKN Berkenaan Kongres KEADILAN

Srikandi Keadilan semakin bimbang dengan trend U-turn kerajaan Perikatan Nasional. Ramai wanita muda yang masih sedang belajar, samada di peringkat kolej ataupun universiti, dan kelas mereka semua diadakan secara maya sekarang.

Ramai wanita muda juga yang merupakan tenaga pengajar. Mereka mengajar kelas secara maya sebagai pengganti kelas sekolah, kelas tuisyen, ataupun kelas tambahan. Ada juga wanita muda yang terlibat dalam ceramah dan bengkel secara maya kerana kerja atau perniagaan mereka.

Kita maklum bahawa MKN boleh tiba-tiba memberi arahan supaya kongres KEADILAN yang sepatutnya diadakan pada 6 Jun, tidak boleh diteruskan, walaupun hanya secara maya. Maka tidak mustahil MKN boleh tiba-tiba memberi arahan supaya kelas, ceramah, ataupun bengkel yang diadakan secara maya juga perlu dihentikan tanpa alasan yang munasabah, tetapi kerana kurang kebijksanaan dalam memerintah.

Seramai 656 perwakilan Wanita KEADILAN telah selesai bersidang secara maya pada 4 Jun dan Srikandi KEADILAN telah memainkan peranan besar untuk menjayakannya. Berdasarkan pengalaman ini, kami yakin Kongres Nasional boleh diadakan secara maya sambil memenuhi semua SOP. Bagi Kerajaan PN yang sering menyebut keperluan untuk meningkatkan penggunaan teknologi, tindakan bacul mereka untuk menghalang Kongres Nasional KEADILAN adalah satu langkah ke belakang.

Sama juga logiknya untuk Parlimen yang sepatutnya sudah boleh bersidang. Namun kerajaan PN ini, jelas sekali tidak pedulikan rakyat, termasuk wanita muda, dan lebih rela rakyat dibelenggu kekalutan, kesusahan dan bebanan demi mengekalkan kuasa sebagai kerajaan. Srikandi Keadilan menuntut supaya kerajaan gagal ini berundur diri!

RAIYAN ABDUL RAHIM
KAUKUS SRIKANDI KEADILAN PUSAT

ANETHA PILLAI
KETUA SRIKANDI KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN

FARZANA HAYANI BT MOHD NASIR
KETUA SRIKANDI KEADILAN MELAKA

ASHIDA BINTI HASUAH
KETUA SRIKANDI KEADILAN PAHANG

NUR AINA ADILLAH BINTI NIZAM
KETUA SRIKANDI KEADILAN TERENGGANU

NORHEIZAN SOFEA BT MUSTAFA
KETUA SRIKANDI KEADILAN PERAK

WAN ZULAIKHA ABD KAHAR
KETUA SRIKANDI KEADILAN NEGERI SEMBILAN

SANGGETHA SAKKUBBAI A/P GOPALAKRISHNAN
KETUA SRIKANDI KEADILAN JOHOR

JUNAIDAH BT MAKKU
KETUA SRIKANDI KEADILAN SABAH

NORHAFIZAH MOHAMAD JOHARIE
KETUA SRIKANDI KEADILAN SARAWAK

SITI ARTEEKA HANES BT ABDULLAH
KETUA SRIKANDI KEADILAN KEDAH

Related Posts
crossmenuchevron-up