Carian
July 11, 2023

Muhyiddin Bankrup Idea, Bukan Semua Rakyat Mampu Menternak Ayam Seperti Dia

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin perlu faham bukan semua rakyat mempunyai kebun ataupun halaman rumah sebesar Muhyiddin yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam. Tambahan bukan semua orang boleh menternak ayam sesuka hati seperti Muhyiddin dan tidak disaman oleh pihak berkuasa tempatan.

Hakikat bahawa Muhyiddin masih melayan isu telur menunjukkan PN sudah bankrupt idea untuk membantu rakyat dan tidak ada isu lain yang boleh dipermainkan.

Kenyataan Muhyiddin membuktikan usaha kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan subsidi bersasar adalah betul. Setakat ini orang kaya seperti Muhyiddin masih menikmati subsidi ayam dan telur seperti rakyat biasa. Padahal golongan seperti Muhyiddin yang mampu menjadi penternak di rumah sendiri, adalah tidak layak menikmati sebarang subsidi dari kerajaan.

Sewaktu kerajaan membincangkan isu subsidi bersasar, PN yang paling lantang menolak idea tersebut. Sekarang rakyat boleh menilai, PN yang bankrup idea ini yang juga mempertahankan dasar subsidi untuk orang kaya, rupanya untuk kepentingan diri sendiri.

Lebih menyedihkan adalah sebagai blok pembangkang yang mempunyai ramai bekas menteri-menteri dan perdana menteri, apa yang dicadangkan adalah menternak ayam sendiri di kebun.

Sememangnya ini satu sindiran yang cuba dibuat oleh Muhyiddin kepada Kerajaan pada hari ini, namun ‘telur’ yang dilontarkan oleh Muhyiddin umpana meludah ke langit, muka juga yang basah.

Perlu diingatkan bahawa selepas kerajaan Perpaduan pegang kuasa, Menteri telah mendapati kekurangan telur bermula November 2022, yang mana negara kekurangan 157 juta biji telur ayam di pasaran tempatan pada ketika itu. Siapa kerajaan pada masa itu? Tidak lain tidak bukan Perikatan Nasional.

Jika waktu itu Muhyiddin prihatin dengan rakyat, sudah tentu kerajaan boleh buat sesuatu untuk berhadapan dengan isu tersebut, dan bukan untuk mengumpul dana bagi akaun parti beliau sahaja.

Muhyiddin juga kena sedar bahawa keadaan cepat bertambah baik sejurus selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih, dan sekarang pasaran memang jarang sekali menghadapi kekurangan telur.

Lee Chean Chung
Ahli Parlimen Petaling Jaya
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up